Rangka utama Basel I

Basel I, iaitu Persetujuan Basel 1988 tertumpu terutamanya pada risiko kredit. Harta bank dikelas dan dikelompok kepada lima kategori menurut risiko kredit, dengan beban risiko sifar (terutama bagi negara asal hutang sovereign), sepuluh, dua puluh, lima puluh, dan sehingga seratus peratus (kategori ini, sebagai contoh, merangkumi kebanyakan hutang korporate). Bank yang hadir dipasaran antarabangsa diperlukan untuk memegang modal (capital) yang bersamaan 8 % daripada beban risiko aset (risk-weighted assets).

Semenjak 1988, rangka kerja ini telah diperkenalkan secara berterusan dinegara ahli G-10, yang kini terdiri dari 13 negara, iaitu, Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Luxemburg, Netherland, Sepanyol, Sweden, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kebanyakan negara lain, kini berjumlah melebihi 100, turut menerima pakai, sekurang-kurangnya, mengaku, prinsip yang digambarkan di bawah Basel I. Keberkesanan perlaksanaannya adalah berbeza, walaupun di kalangan Kumpulan Sepuluh.